SEJARAH PENUBUHAN TABUNG ASPA
Definasi dan Asas ASPA :
Pertubuhan ini dikenali dengan nama TABUNG KEBAJIKAN KELUARGA ASPA. ASPA adalah singkatan daripada nama ayahanda dan bonda, iaitu Asha’ari dan Pa’enah. Ditubuhkan sebulan selepas bonda ASPA pergi menemui Penciptanya Allah subhanawatala iaitu pada Disember 1988.
Tempat Urusan ASPA :
Alamat dan tempat urusan pertubuhan ialah di No. 59, Taman Seri Mercu, Jalan Sultan Iskandar Shah, 33000 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh jawatankuasa, dan alamat untuk surat-menyurat ialah di No. 59, Taman Seri Mercu, Jalan Sultan Iskandar Shah, 33000 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.
Tujuan dan Matlamat ASPA :
- Mengeratkan hubungan silaturahim antara anakanda-anakanda pasangan Haji Asha’ari bin Kassim dan Hajjah Pa’enah binti Lebai Bilal @ Haji Arshad (seramai 7 orang) serta ahli keluarga.
- Menemukan anakanda-anakanada pasangan Haji Asha’ari bin Kassim dan Hajjah Pa’enah binti Lebai Bilal @ Haji Arshad serta ahli keluarganya sekerap mungkin.
- Mewujudkan Tabung Keluarga Haji Asha’ari bin Kassim dan Hajjah Pa’enah binti Lebai Bilal @ Haji Arshad.
- Menjaga kebajikan semua ahli ASPA dan keluarga ahli.
- Memberi bantuan kepada ahli ASPA yang ditimpa kemalangan atau kesusahan.
- Memberi perangsang/cenderamata kepada anak-anak ahli ASPA yang akan mengambil peperiksaan awam.
- Memberi sumbangan kepada ahli yang berkahwin pada kali pertama.
- Beriadah dan melancong bersama-sama ahli ASPA dan keluarganya.
- Mengurus harta pusaka Haji Asha’ari bin Kassim dna Hajjah Pa’enah binti Lebai Bilal @ Haji Arshad secara kolektif.
- Mencari dan menwujudkan peluang ekonomi bagi memantapkan kedudukan Tabung Kebajikan Keluarga ASPA.
- Sebagai tempat untuk ahli mengadu atau mendapatkan nasihat dalam sebarang hal yang dihadapi.


